Wednesday, March 31, 2010

akhirnya...

kita sentiasa tercari2 sesuatu dalm hidup kita..hingga kadang-kadang kita sendiri tak pasti apa yang kita cari..bila kita dah ada pilihan depan mata,selalunya mesti ada satu keputusan mesti dibuat..pada waktu itulah kadang kala kita hilang pertimbangan untuk memilih..ikut kata hati mungkin mati..ikut perasaan,mungkin kecewa..TAPI,KITA TETAP TERPAKSA MEMILIH!!! itulah mainan perasaan yang kita sendiri tak tahu apa yang sepatutnya kita lakukan..dan akhirnya,kita memilih untuk biarkan ianya berakhir mengikut perjalanan takdir..dan kita juga redha apa jua kemungkinan yang akan berlaku kelak.

Wednesday, March 24, 2010

saat ku membuka mata...



selamat pagi semua...assalamualaikum...satu lagi hari yang indah...alhamdulillah,aku masih lagi bernafas...setelah bermacam-macam yang aku lalui,akhirnya aku masih bertahan lagi...Allah Maha Adil...aku tahu,selagi aku tidak berputus asa,tetap akan ada jalan untuk segala apa yang terjadi...

biasalah,dugaan hidup beb...mana boleh kalah...sib baik kat sisi aku ada orang2 yang sentiasa bagi aku semangat...mekasih sangat2 buat semua mereka yang aku sayangi...MAK ABAH ABANG...tu yang wajib...hehehehe....wajib ada disisi aku bila aku menagis...dan kengkawan yang selalu wat aku gelak dan ketawa...indahnya la dunia nih kalau kita tahu menghargainya...

so,pesanan wat semua : hargailah hidup kamu,selagi kamu masih bernyawa...

Monday, March 22, 2010

sabar wahai hati...


hari ni tahap kesabaran aku betul2 teruji...kalau di ikutkan nafsu amarah,dah lama aku meletop..tolongla wahai kawan,sabar aku pun ada batasnya..

aku dah cukup bertahan selama ni dengan keranah kamu..dah la hari2 aku semakin malang,kamu pulak sebagai kawan tak pernah nak faham..

aku ni tinggal tunggu masa jer dengan kamu...dah terlalu banyak peluang aku bagi untuk kamu memahami aku..tapi kamu tak faham2 jugak aku..susah sangat ke nak fahami aku???sebab AKU JUGA SEORANG MANUSIA SEPERTI KAMU...fahamilah itu wahai sahabatku..

dan tenanglah wahai hati ku...jangan ikutkan bisikan amarah itu..tak menyesal kalau kau bersabar wahai hatiku...

apakah yang akan terjadi esok hari??


esok..macam biasa bagi aku yang dah hampir setahun sambung study ni..kelas yg start dr suntuk petang sampai malam kadang2 buat aku bosan..tapi,demi ilmu n masa depan,aku gagahkan jugak pegi..

masa kecik2 dulu,aku tak pernah terfikir nak kerja jadi
pengurus rekod..haa??? apa tu pengurus rekod??kalau dalam senarai cita2 tu,mesti xde saper nak tulis..hehehe..biasa la,mcm aku kecik2 dulu pun,cita2 nak jd 'pramugari'..dapat kau,bila membesar,aku xcukup tinggi pun..

dan bila dah masuk universiti,aku masuk la bidang
pengurusan rekod.teruja la aku dengar,dan bila lama2 aku mendalami bidang tu,baru aku tahu betapa penting nya bidang pengurusan rekod ni..

thanks banyak2 pada sumer lecturer aku yang tak jemu2 mengajar sampai aku jadi sefaham ini..dan tak lupa juga pada classmate aku yg teror2 psl pengurusan rekod ni..thanks pada akak2 arkib yang selalu berkongsi ilmu pada aku..mekasih byk2 sumer..aku harap esok aku akan dapat lagi banyak ilmu..



Sunday, March 21, 2010

Cerita pertama...

pertama kali aku berbloging???haaaa!!! mcm tak caya jer...tu la hakikatnya..abg aku la puncanya aku busy belajar berbloging hari nih...sebenarnya,dah lama aku nak jadi bloger ni,cuma masa aku jer terhad.dengan timbunan assigment,'jiwa kacau' dan macam-macam la lg masalah otak aku ni,akhirnya berjaya gak aku jd seorang bloger..hikhikhik..mekasih la tuk abg aku yang tak jemu-jemu pujuk aku..mekasih abg aku...