Tuesday, February 22, 2011

mencari ketenangan

alhamdulillah..akhirnya aku berjaya mengatasi masalah yang melanda aku akhir2 ni..aku harap sangat lepas ni aku tak kan alami benda2 macam ni lagi..bukan aku serik,cuma aku FOBIA..ulang balik,FOBIA..hukhukhuk..

tapi aku bersyukur, sangat2 sekurang2nya aku masih ada keluarga dan teman2 disisi yang sentiasa memberikan aku semangat untuk bertahan..mekasih semua..semoga segalanya kembali cerah seperti dulu2...aminnnnnn...


Thursday, February 17, 2011

sesudah itu..

sesudah aku lepaskan kau pergi
aku pasrah dengan Takdir Ilahi
sebab aku tau
Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik buat diri ku
seandainya takdir-Nya begitu
aku terima dengan hati yang terbuka
sebab aku tahu
hanya Dia yang berkuasa atas segala-galanya
aku sebagai manusia
hanya mampu untuk merancang
tapi Dia yang menentukan

Wednesday, February 16, 2011

lucah,melucah atau terlucah


ish2..tolong la wahai pengguna2 laman sosial maya yakni chatting..aku rasa macam dah disalah guna ajer chatting room tu..niat aku berchat nak bertukar2 pendapat,rupa2nya ramai pulak yang kegatalan tahap melampau..cakap lucah2 dan kotor..aku tak tahu la sengaja nak melempiaskan nafsu ke atau gersang yang tak terkira???

baik yang dah nikah ke belum,sama sajer..apa la nak jadi zaman sekarang ni..dunia oooo dunia..yang perempuan nya pun sama,tak de beza..alahai,malu la sikit..kalau tak pada Allah, pada diri sendiri pun cukup la..aku pun tak la alim sangat,tapi marilah kita sama2 beringat sebelum terlupa..kata orang terlajak perahu boleh diundur,haaaaa terlajak tutututut bukan boleh undur balik..terlajak hilang tuuuu la..hilang MARUAH DIRI..

baik lelaki mahu pun perempuan, sama sajer kita ni..walau pada pandangan mata zahir kita ni suci,belum lagi mata hati kita begitu..cakap lucah sikit2,lama2 terussss kearah lain..tak mustahil akhirnya nanti jadi la yang tak sepatutnya..tak payah nak salah kan sesiapa,salahkan diri sendiri sebab sendiri cari aniaya..

aku bukan antisosial,aku pun suka dok lepak kat chat room tu cari kenalan..orang kata,biar ramai kawan dari ramai musuh..tapi,mesti ingat gak pesan orang tua2 : BERINGAT SEBELUM KENA..sama2 lah kita saling mengingati yer..

Tuesday, February 15, 2011

terlanjur aku menyintai mu...

lagu : Nur Kasih
lirik : Putra Aiman / ITO Lara
Nyanyian : In-Team

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

aku lepaskan engkau pergi..

akhirnya,aku punya keberanian untuk meluahkan itu padanya..
atas YM ku yang kaku,aku luah kan segala apa yang terbuku dihati..
aku tak nak jadi penghalang untuk dia mencari kebahgian..
aku tak nak jadi ego,dengan meneruskan hubungan ini walau aku tahu apakah yang akan terjadi pada pengakhiran hubungan kami..
walau pun perit untuk aku telan,namun aku akui itulah yang terbaik untuk kami..

aku t
ak mahu tahu apakah reaksi dia nanti..
tapi aku tahu,aku telah cuba yang terbaik untuk hubungan kami..
biarlah aku lepaskan dia pergi asalkan dia dapat mencari kebahgiaan dia nanti..
maafkan aku..
dan terima kasih untuk segalanya yang telah kau berikan untuk ku selama ini..
aku akan tetap menyayangi mu sehingga takdir menentukan bahawa kau bukan lagi menjadi milik ku..




Monday, February 14, 2011

aku masih setia..


statement berani mati aku : ayah,aku masih sayangkan dia dan cintakan dia sepenuh hati!!!!
walau aku dah tahu,jawapan ayah aku tetap sama : cari orang lain!!!!

kusut giler2 otak aku fikirkan..
cinta dan sayang aku tak mudah untuk berubah..

tapi,aku pun tak boleh ego..

aku tak salahkan dia,seandainya dia bosan dengan penantian ini..


berkali-kali dia mintak izin untuk memiliki aku secara sah,dan berkali2 juga lah ayah aku memberikan jawapan yang mengecewakan aku dan dia..

aku tak tahu sampai bila dia akan bertahan menanti aku..

semakin lama aku biarkan semua ini,semakin lama aku menjauh kan dia dari kebahgian hidupnya..

andai aku lepaskan dia pergi,aku akan kecewa kemudian hari..

apa lah lagi yang boleh aku lakukan selain mengharapkan keajaiban yang akan membantu aku mengubah pendirian ayah..

kasihani lah diri ku..

jangan biarkan kebahgian ku berlalu cuma kerana EGOMU wahai ayah ku..

Tuesday, February 1, 2011

kisah kau dan aku...


segalanya-galanya kembali seperti dulu..kisah kau dan aku kembali bersatu..mimpi2 kita semakin indah..lagu2 cinta berkumandang lagi..hari2 ku semakin bermakna dan hati ku telah kembali riang berbunga..


TAPI UJIAN ALLAH.....

keluarga ku kembali menentang percintaan kita???Ya Allah,ujian Mu ku terima sekali lagi..hanya doa dan tawakkal yang mampu aku lakukan kini..

terlalu sukar untuk aku kecapi kebahgiaan itu..apakah yang patut aku lakukan???melukai hati mu wahai kekasih atau terus mencari sesuatu yang tak pasti???ku serah segalanya pada Mu ya Allah...


semoga segalanya adalah yang terbaik untuk setiap yang telah Kau ciptakan buat ku...