Friday, April 22, 2011

bila waktu berhenti...

bila waktu terhenti....
ku putar lagu itu berulang kali
lagu yang selalu kau nyanyikan untuk aku
lagu yang selalu kau suruh aku hafal
lagu yang selalu kau suruh kita nyanyikan bersama
dan aku senang bila bersama kau

bila waktu terhenti...
saat itu cuma datang sesekali
bila aku rasakan waktu selalu mencemburui kau dan aku
bila aku rasakan kau tak berpura-pura berkawan dengan aku
bila aku rasakan kau benar-benar sahabat aku

bila waktu terhenti...
saat dia tinggalkan aku
saat kau tiba dan menyapu air mata aku
saat kau memujuk aku untuk tinggalkannya
yang telah mencurangi aku

semua waktu-waktu itu akan terus berhenti
bila tika dan saatnya aku perlukan kau disisi
terima kasih untuk semuanya.....

Monday, April 18, 2011

menyesal...

Lagu : Ressa Herlambang


semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku

meski di hati merasa

kau berubah saat kau mengenal dia


bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu

dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

Tuesday, April 12, 2011

rindu

rindu itu menyakitkan
rindu itu melukakan
rindu itu menyesakkan hati aku
tolong aku hapuskan rindu ini
sebab aku tak nak terluka lagi
sebab aku tak nak
sakit hati lagi


Monday, April 11, 2011

demi sebuah persahabatan,aku akur...


demi kerana dia
yang telah banyak menggembirakan aku

disaat-saat aku sedih dan kecewa
dia sentiasa ada disisi aku

memberikan aku semangat dan kasih sayang

walaupun hanya sekadar kasih sayang seorang teman

aku akur..

sebab aku sendiri takut

takut seandainya dia jatuh cinta pada aku

dan dia sendiri takutkan perkara yang sama

kerna kami berlainan agama,umur dan segala-galanya

takdir tak mungkin memihak kami untuk hidup bersama

tapi kami senang dengan keadaan ini

FRIENDS FOREVER AND EVER

Tuesday, April 5, 2011

bila kita dikhianati...

aku post entry kali ni memang dengan niat nak melepas gerammm..aku tak tahu sampai bila aku boleh bersabar dengan sumer benda ni..dengan apa yang telah dan sedang aku alami..

aku ingat, kerja kat tempat baru ni ok dan aku tak perlu alami benda yang sama..rupa2nya lebih teruk dari itu..orang yang aku anggap sebagai adik menjaja cerita dan mengkhianati aku dari belakang..orang yang aku anggap adik,susah tak de duit gaji nak makan,dan aku tolong dia belikan makanan menikam aku dan mengkhianati aku dalam diam..


apa dosa aku pada kau??apa salah aku pada kau??

aku sendiri tertanya-tanya dan aku sendiri tak tahu hujung panggkal..salah kah kalau aku buat kerja aku dengan tekun sebab aku tak nak kerja tu tertangguh??salahkah aku buat kerja cepat2 supaya aku boleh balik on time??salah kah kalau aku tak lepak dengan korang sebab kerja aku banyak??

apa perasaan korang bila korang masuk bilik yang korang selalu lepak2 then sumer orang pandang korang macam nak makan korang,sedangkan korang tak tahu apa2?


apa perasaan korang bila korang tegur orang2 tu,orang2 tu pandang macam kenapa ko tegur aku haaa???dah la tu menyahut kasar giler2??

apa perasaan korang bila korang diperli2 anak emas boss sedangkan korang bukan pun rapat dengan boss??


aku tak mengungkit apa2..tapi aku rasa apa yang aku dah buat untuk diorang dah cukup untuk aku kumpul dan katakan bahawa,diorang sendiri terhutang budi dengan aku..aku tak mintak apa,cukup la sekadar sama2 la kita jaga sesama kita..kt dah macam adik-beradik..kerjasama la wat apa2 kerja..susah sangat ke???atau sebenarnya mengkhianati dan memburukkan orang lain tu baik pada pandangan....

entah la..aku pun tak tahu sampai bila aku masih boleh bersabar..aku tak kan sesekali khianati orang2 yang aku sayangi apatah lagi sahabat2 aku..tapi,kenapa orang lain boleh buat kat aku macam tuh???kenapa???kenapa???kenapa???