Friday, July 29, 2011

tak sensitif langsung...

aku betul2 tak faham la orang2 alim yang suka buat aktiviti keagamaan ni...kadang2 melampau batas betul..aku bukan anti orang ceramah agama,MasyaAllah...tapi berpada2 la...aku tau,semua nak jadi yang terbaik,tapi ni aku rasa dah jadi terbalik nih...

1) biasanya ceramah malam jumaat sampai pukul 9.30 malam ajer..malam tadi bola sepak,Malaysia-Singapura...Ustazd tu bantai ceramah sampai 10.30 malam..baru sembahyang Isyak lepas tuh..aku ok jer,tapi aku boleh bayangkan orang2 lelaki yang dengar ceramah tu macam mana..aduhai Ustazd,sensitif la pada persekitaran dan keadaan semasa..baik ker kalau orang yang dengar ceramah tu hatinya takde kat sana??

2) orang tengah azan Zohor,Ustazah tu bantai bagi ceramah tak berhenti2...siap mikrofon sekuat alam dengan iringan lagu2 nasyid lagi...aduhai,Ustazah tak sensitif ker??ni kan tengah2 hari Jumaat,khutbah Jumaat??orang sembahyang Jumaat??

aku tak faham sangat2 bila orang dah taksub agama ni..kadang2 mereke terlalu mengikut perasaan tanpa fikir sensiviti jemaah yang lain..secara peribadi,aku harap sangat2 mereka2 ni sensitif la sikit dengan keadaan semasa dan persekitaran mereka..bukannya sesekali dapat mikrofon terus tak nak berhenti...tu yang aku tak faham..dunia oh dunia..

Tuesday, July 19, 2011

kau anugerahnya...

kau anugerahnya buat aku
kau yang sentiasa ada untuk aku
kau yang menyapa air mata aku selalu
kau yang aku rindui...

terima kasih sebab kau hadir
terima kasih sebab kau sabar
terima kasih untuk segala-galanya

aku cuma nak tengok kau ketawa
aku cuma nak tengok kau bahgia
aku cuma nak yang terbaik jer tuk kau

kita tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada
kita tak tahu sampai bila kita akan bersama
sebab kita tahu...
kita hanya ditakdirkan untuk berjumpa
bukan bersatu selamanya...