Saturday, October 29, 2011

sabar itu ada batasnya...


sabar kan hati selalu Ya Allah...huhuhu...setiap kali aku susah hati,aku mesti mengadu pada sesiapa yang boleh aku percayai...kali ni aku sedih dengan sikap kawan aku...tetap aku cuba untuk menyabarkan hati dari bergaduh dengan nya...aku cuba memahami dia,tapi dia langsung tak cuba memahami aku..

dulu,masa aku sambung belajar aku selalu tolong dia buat assigment...yer,aku faham dia bekerja sambil belajar...sebab tu aku tolong dia...

tapi sekarang,aku dah mula bekerja...bukan niat aku untuk tidak membantu dia buat assigment lagi,tapi aku tak mampu untuk membantu dia...balik kerja,aku dah terlalu letih untuk mengadap lappy setelah seharian aku mengadap komputer di kolej...aku cuba mengelak bila dia minta aku membantunya membuat assigment lagi dan lagi...mula2 aku kata,aku sibuk di kolej...terlalu banyak kerja...dia kata,tak per...buatkan la assigment dia pelan2...ishhh...aku da menolak cara halusss tuhhh...tp dia tak faham juga...

aku siapkan juga la assigment dia tu dengan kalam kabutnya disamping keje kat kolej yang berlambak...akhirnya settle...tapi lepas tu,dia minta aku siapkan lagi assigment terakhir dia kata...kali ni aku betul2 marah dan sakit hati...seminggu aku diam tak bagi dia apa2 jawapan...tau2 nya,dalam diam dia dah email siap2 pada aku assigment dia...saat tu,aku sedar sabar aku dah abis buat dia..

wahai sahabat2,fahami lah isi hati sahabat anda..dia mungkin mendiamkan diri bila anda berkata2...tapi,ketahuilah isi hatinya...fahamilah dirinya...JANGAN PENTINGKAN DIRI ANDA SENDIRI...HARGAILAH PERSAHABATAN ANDA SEBELUM ANDA KEHILANGANNYA...

Friday, October 28, 2011

sebelum dirinya sampai...

"Dia bagi kita masa untuk perbaiki diri yang serba kekurangan kerna Dia telah ciptakan yang terbaik buat kita nanti"....

ayat dari sebuah blog yang aku baru baca..tersentuh juga hati bila aku membaca entry Ustazd tu..huhuhu..terasa sangat yang aku ni serba kekurangan..tapi, macam mana bila kita telah berubah tapi masih tidak ditemukan dengan si dia yang terbaik..itulah Takdir namanya..

ishhhh..ayat mengayat ni memang senang nak taip..bila dengar tazkirah,sekejap je hati jadi tenang..huhuhu..hati yang membawa masalah besar kan sebenarnya..hati ni yang susah nak dididik kannnn..masalah betullaaa hati-hati kita ni kan..memang betul la kata orang : "Hati adalah sarang segala penyakit"..

tapi yang penting,kita tetap selalu cuba didik kan hati kita kan..kita tetap cuba selamatkan hati kita kann..semoga Allah selalu bagi kita semua rahmatNya supaya kita semua berjaya bersihkan hati kita,cantik kan hati kita dan hiaskan hati kita dengan segala keindahan yang Dia telah ciptakan.. ( ^ - ^ )

Tuesday, October 25, 2011

tuesday blues...

pagi2 aku dah mula hangin satu badan..masa nak beli bekfes,makcik tu boleh bagi orang yang datang lambat lepas aku tu makanan dulu..aduhai,biar pun dia tu pelanggan setia ke,apa ker,fikirla,aku dah sampai dulu gerai dia..huhuhu..sabar jer la..aku tinggal macam tu jer gerai makcik tu gerak pegi gerai lain..gerai aku selalu pergi da abis jual bihun..salah aku jugak sebab keluar rumah lambat hari ni..


selesai beli bihun,aku gerak pegi naik tren..kali ni pulak,aku nak cepat2 masuk pintu tren tapi kena halang dengan sorang gurl ni..dah la dia jalan terkedek2 depan pintu tren,pastu wat muka tak bersalah bila aku nak cepat2 masuk..maunya aku rasa macam nak tampar jer gurl tu..tapi,aku sabar lagi,aku fikir mungkin dulu2 aku pernah wat macam tu pada orang lain yang aku tak perasan..huhuhu..aku pun sabarkan hati lagi..


tengah syok2 layan feel dalam tren,tiba2..haaaaa...amik kau,sorang untie ni, cakap kuat2 pulak dalam tren tuhh..tuuu bukan cakap,tapi tahap memekak..kali ni,aku memang dah tak boleh tahan lagi..sampai jer tren kat stesyen aku nak turun,aku pegi dekat dengan untie tu cakap : untie,bukan auntie sorang jer ada telefon...cakap la slow2 kit..gilerrrr aku time tu..sabar aku dah hilang..huhuhu..aku tak tunggu reaksi untie tu,aku terus berjalan keluar tren gerak keluar dari stesyen tren tu..


begitulah malangnya pagi2 selasa aku yang penuh dengan rasa kemarahan dan sabar aku telah dibawa sang syaitan pergi...huhuhu..

Monday, October 24, 2011

pencarian... ( @ - @ )



pencarian aku mencari Sang Adam

mencari yang tebaik untuk dijadikan teman

teman seumur perjalanan

teman sehingga nafas ditarik Tuhan


pencarian aku yang tak pernah berakhir

aku berusaha menjadi yang terbaik

sebelum yang terbaik aku temui

sebab aku tahu aku sendiri tidak sempurna

dan aku cuma mahu dia terima aku seadanya


pencarian aku yang tercari-cari Sang Adam

yang tulang rusuknya ada pada ku

yang telah dicipta Tuhan untuk ku

yang tebaik buat diri ku

entah bila akan ku temui

cinta sejati kurniaan Ilahi


berputus asa itu bukan aku

menyerah kalah juga bukan sifatku

telah ku lakukan segala yang termampu

semoga segalanya cerah dihujung waktu

Friday, October 21, 2011

yer...saya 27 tahun dan masih bujang...ada masalah ker?????

ni yang aku nak shared dengan semua orang...salah ke kalau aku masih bujang even usia aku dah 27 tahun...aku tak mintak pun nak bujang lagi dalam usia mcm ni...aku senang sendiri dari aku asyik sakit hati dan kecewa sebab cinta...

aku bukan budak2 yang nak cari cinta entah apa2...aku cuma nak kan hubungan yang stabil dan selamat...

pagi2 aku dah meroyan sebab 1 blind date yang aku pegi...masa mula2 kenal lagi,aku dah tanya sungguh2...ada awek tak?????ada girlfriend tak?????ada sesiapa tak?????


bila dah jumpa,tengok aku tak lawa,tak menggedik,tak seksi baru nak mengaku dah ada awek...dah ada girlfriend...bagi aku,dia bukan seorang lelaki yang gentle,bukan seorang lelaki yang baik...sebab awal2 dah tipu aku...


yerrrrr...walau usia aku dah 27 tahun dan masih bujang,bukan bermaksud aku desprate nak ada boyfriend...aku bukan perammmpasss atau perempuan gatal atau perempuan miang...hormati aku sebagaimana aku hormati engkau..wahai lelaki,susah ke untuk memahami hati seorang manusia yang berjantina perempuan...


cukuplaaaaah...jangan seksa aku lagi...Ya Allah,andai yang terbaik buat aku ialah bersendiri,aku terima dan redha...tapi,andai Kau takdirkan aku bertemu Sang Adam yang telah Kau ciptakan buat aku,biarlah dia yang terakhir....

Tuesday, October 18, 2011

susah ker????



berubah???aduhhh...aku tercari-cari sebab yang kukuh untuk aku berubah..entahlah..aku perlu ke nak analisa satu persatu sebabnya??pening aku bila orang tu kata aku kena berubah..dia punya alasan sepanjang karangan SPM..huhuhu


aku cuma nak orang terima aku seadanya sebab diri aku..susah ker??sebab aku sendiri tak suka orang tipu dan berpura2 dengan aku..


yer,aku faham..kadang2 kita terpaksa berpura2 untuk selamatkan keadaan atau kadang2 kita perlu berusaha untuk menjadi seperti seseorang supaya kita mampu untuk selamatkan keadaan..tp,sebenarnya yang tebaik bagi aku adalah menjadi diri aku sendiri..


pernah tak kalau kita tengok cermin,tapi kita ternampak orang lain dalam cermin tu..sebabnya ialah kita cuba untuk jadi seperti orang lain..contohnya,kita nampak Yuna pakai tudung cantik design Hana Tajima..sudah2 nya, kita pun mula ikut dan jadikan fesyennya pakaian harian kita..sedangkan sebenarnya fesyen tu kadang2 tak sesuai pun dengan kita..tu la masalahnya..


kesimpulannya,sebagai manusia,kadang2 apa yang orang lain ada,kita nampak cantik dan lawa,kita pun nak..padahal sebenarnya bila kita beli dan pakai,benda tu tak kena pun pada kita langsung..susahkannnnnnnn..nak buat sesuatu untuk puaskan hati kita apatah lagi orang2 disekeliling kita...

Monday, October 17, 2011

jika itu takdirnya...

Cinta mengatakan :
Jangan sesekali mengucap selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih sanggup.
Jangan sesekali mengatakan tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Yer..betul kata2 ni..aku setuju sangat..kadang2 hati kita yang degil xmau terima semua ni..ni la masalahnya hati..tapi,aku percaya sebenarnya cinta dalam hati tu teguh cuma dibibir kita keegoan tu mengatasi segalanya..bukan mudah untuk berjuang demi sebuah cinta..dan bukan mudah untuk mendapatkan sebuah cinta itu..yang pasti cuma 1 perkara,semua diantara kita mengharapkan yang terbaik untuk cinta...

Sunday, October 2, 2011

aku rindu saat itu





aku rindu saat aku bersama kamu

kita makan ice krim dan tengok tv sama2

kita bergurau senda dan tawa bersama

kau pujuk aku jangan asyik dengan kau sajer

sebab kau kata aku kena kahwin akhirnya juga


aku rindu saat itu

saat aku makan nan cheese dengan kamu

aku rasa gembira sangat

sebab aku dapat kongsi makanan yang aku suka


aku rindu saat itu

kita balik rumah sama2

kita nyanyi sama2 lagu kita

sebab kita bosan duduk dalam kereta terlalu lama


aku rindu sangat2 saat itu

saat yang entah bila akan berulang lagi

sebab aku tahu aku kena keraskan hati

melihat kau berlalu pergi


terima kasih untuk semuanya

untuk semua kenangan yang dah kita cipta bersama

kenangan yang tak mungkin aku akan lupakan

sampai bila2

kau sahabat aku selamanya

itu yang kita selalu ucapkan

walau aku tahu

akhirnya aku kena lepaskan kau pergi

sepenuh hati aku.......