Wednesday, February 16, 2011

lucah,melucah atau terlucah


ish2..tolong la wahai pengguna2 laman sosial maya yakni chatting..aku rasa macam dah disalah guna ajer chatting room tu..niat aku berchat nak bertukar2 pendapat,rupa2nya ramai pulak yang kegatalan tahap melampau..cakap lucah2 dan kotor..aku tak tahu la sengaja nak melempiaskan nafsu ke atau gersang yang tak terkira???

baik yang dah nikah ke belum,sama sajer..apa la nak jadi zaman sekarang ni..dunia oooo dunia..yang perempuan nya pun sama,tak de beza..alahai,malu la sikit..kalau tak pada Allah, pada diri sendiri pun cukup la..aku pun tak la alim sangat,tapi marilah kita sama2 beringat sebelum terlupa..kata orang terlajak perahu boleh diundur,haaaaa terlajak tutututut bukan boleh undur balik..terlajak hilang tuuuu la..hilang MARUAH DIRI..

baik lelaki mahu pun perempuan, sama sajer kita ni..walau pada pandangan mata zahir kita ni suci,belum lagi mata hati kita begitu..cakap lucah sikit2,lama2 terussss kearah lain..tak mustahil akhirnya nanti jadi la yang tak sepatutnya..tak payah nak salah kan sesiapa,salahkan diri sendiri sebab sendiri cari aniaya..

aku bukan antisosial,aku pun suka dok lepak kat chat room tu cari kenalan..orang kata,biar ramai kawan dari ramai musuh..tapi,mesti ingat gak pesan orang tua2 : BERINGAT SEBELUM KENA..sama2 lah kita saling mengingati yer..

1 comment:

NastaniaNajihah said...

1st2 kenal chating bagai ni obses sgt nak ym salu. tp skrg dh boring cz tngok perangai orang ramai yg menjijikkan. sigh..