Friday, July 29, 2011

tak sensitif langsung...

aku betul2 tak faham la orang2 alim yang suka buat aktiviti keagamaan ni...kadang2 melampau batas betul..aku bukan anti orang ceramah agama,MasyaAllah...tapi berpada2 la...aku tau,semua nak jadi yang terbaik,tapi ni aku rasa dah jadi terbalik nih...

1) biasanya ceramah malam jumaat sampai pukul 9.30 malam ajer..malam tadi bola sepak,Malaysia-Singapura...Ustazd tu bantai ceramah sampai 10.30 malam..baru sembahyang Isyak lepas tuh..aku ok jer,tapi aku boleh bayangkan orang2 lelaki yang dengar ceramah tu macam mana..aduhai Ustazd,sensitif la pada persekitaran dan keadaan semasa..baik ker kalau orang yang dengar ceramah tu hatinya takde kat sana??

2) orang tengah azan Zohor,Ustazah tu bantai bagi ceramah tak berhenti2...siap mikrofon sekuat alam dengan iringan lagu2 nasyid lagi...aduhai,Ustazah tak sensitif ker??ni kan tengah2 hari Jumaat,khutbah Jumaat??orang sembahyang Jumaat??

aku tak faham sangat2 bila orang dah taksub agama ni..kadang2 mereke terlalu mengikut perasaan tanpa fikir sensiviti jemaah yang lain..secara peribadi,aku harap sangat2 mereka2 ni sensitif la sikit dengan keadaan semasa dan persekitaran mereka..bukannya sesekali dapat mikrofon terus tak nak berhenti...tu yang aku tak faham..dunia oh dunia..

Tuesday, July 19, 2011

kau anugerahnya...

kau anugerahnya buat aku
kau yang sentiasa ada untuk aku
kau yang menyapa air mata aku selalu
kau yang aku rindui...

terima kasih sebab kau hadir
terima kasih sebab kau sabar
terima kasih untuk segala-galanya

aku cuma nak tengok kau ketawa
aku cuma nak tengok kau bahgia
aku cuma nak yang terbaik jer tuk kau

kita tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada
kita tak tahu sampai bila kita akan bersama
sebab kita tahu...
kita hanya ditakdirkan untuk berjumpa
bukan bersatu selamanya...

Friday, June 3, 2011

perkhidmatan untuk anda



Perkhidmatan Yang Disediakan:

-Pest Control

- Security Services

- Manpower Resources

- Commercial Cleaning Services

- Building Maintenance and Repair Services


Kawasan perkhidmatan untuk anda adalah:

Main Area : Sentul, Puchong, Batu Caves, Kerinchi dan Petaling Jaya

Juga kawasan-kawasan lain disekitar Kuala Lumpur...


Faedah perkhidmatan yang anda perolehi:
- Menjimatkan

- Berbaloi-baloi

- Menguntungkan anda


Anda boleh hubungi

En. Megasan : 012-278 7847



Tuesday, May 24, 2011

sabar..sabar..sabar..


kerja aku kat tempat sekarang xmenentu..jap2 banyak..jap2 kit..jap2 aku rileks2 ajer..dan bila bos atas aku dah nak tukar,semestinya la kerja aku jadi bertambah sikit kan..

tapi,dan2 tu la ada lak ada staff lain yang baru masuk(pengganti sementara sebab staff asal cuti bersalin ajer) suka menyibuk..

jap2 dtg tepi aku tengok aku buat kerja apa..jap2 dtg sebelah aku tengok aku surf apa..apalaaaa..kerja aku dah siap..dan aku dah xde kerja nak wat.
.

aku pelik sgt2 tgk dia nihh..dok dekat2 pun dia nak call staff kat luar tu tanya macam2..pelik2..jln kaki xsampai seminit pun dia nak call..pastu,information yg dia nak dah dibagi pun dia masih tanya banyak2 kali..adoiiiiii laaa...

xper la..lain orng lain perangai kan..selagi aku sabar,aku sabar ajer..jangan sampai sabar aku hilang nanti...rileks..

Sunday, May 15, 2011

derita mereka siapa lah yang tahu...

http://www.hmetro.com.my/articles/Terujahendakbalasdendam/Article/artikelMA

bila aku tengok jer article ni terus aku rasa macam nak bagitau seantero Malaysia..buatla hukuman yang sama macam ni!!!!!!..biar orang yang lakukan jenayah tu dapat balasan yang sama..bayangkan betapa derita nya jiwa dan raga mereka...cinta itu tak boleh dipaksa..dan kalau tidak berjaya,jangan salahkan sesiapa...redha adalah jalan terbaik..Allah ciptakan hambaNya dengan takdir mereka sendiri...mereka yang xde pegangan agama aje sanggup buat sesuatu yang diluar batasan...diluar akal dan fikirann...betapa deritanya mereka...dah la cacat...tiada lagi cinta yang sanggup hadir dalam diri...

aku ingat nak publish kat facebook..tapi mengenangkan kejadian2 simbah asid yang sedang rancak kat Malaysia ni,aku sabarkan jer dulu...fikirlah kalau anda ditempat mereka...fikirlah kalau anda keluarga mereka...berfikir sebelum bertindak..kalau la orang yang anda buat boleh balas pada anda macam ni,mesti anda akan derita lebih terukkkkkk...fikir2kan...

Tuesday, May 3, 2011

jangan kedekut...














entry ni khas tuk ingatkan aku hari ni,esok,lusa dan selama2nya...rezeki tu milik Allah dan Dia berhak untuk memberikan rezeki tu kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki...


jumaat malam sabtu lepast,aku terpaksa naik teksi untuk balik ke puncak perdana...dalam teksi tu,macam2 cerita dan nasihat pakcik driver tu sajikan pada aku dan abg aku...mula2 malas gak nak layan,konon2 nak layan feelllll...


tapi,sampai 1 part,aku tertarik sangat2...dia cerita,dia mulakan hidup dari '0' sampai nikah dengan isterinya,tu pun berhutang mas kahwin dengan bapanya sampailah dia punya 9 orang anak...dan setiap anak nya mendapat apa yang terbaik untuk mereka...aduhh...bayangkan,macam mana manusia tu dari zero sampai leh jadi hero kepada 9 orang anak...

pakcik tu pesan,jangan kedekut...pendek jer kan ayat dia...tp,maksudnya dalam sangat2...jangan kedekut pada semua perkara...
aku faham sangat2...tp,biasala,kadang2 kt terpaksa menjadi kedekut sebab keadaan memaksa...huhuhuhu..

tapi,lepas dengar pakcik ni bercerita,insaf la aku sekejap...tapi,tak tahu sampai bila aku akan tak menjadi kedekut ni...harap2 sampai bila2...


mungkin Allah bagi kt rezeki untuk uji kita...melihat akal kita...melihat kelebihan atau kekurangan kita sebagai hamba...dan aku,hanya mampu berusaha untuk jadi yang terbaik..mudah2an...amin...

Friday, April 22, 2011

bila waktu berhenti...

bila waktu terhenti....
ku putar lagu itu berulang kali
lagu yang selalu kau nyanyikan untuk aku
lagu yang selalu kau suruh aku hafal
lagu yang selalu kau suruh kita nyanyikan bersama
dan aku senang bila bersama kau

bila waktu terhenti...
saat itu cuma datang sesekali
bila aku rasakan waktu selalu mencemburui kau dan aku
bila aku rasakan kau tak berpura-pura berkawan dengan aku
bila aku rasakan kau benar-benar sahabat aku

bila waktu terhenti...
saat dia tinggalkan aku
saat kau tiba dan menyapu air mata aku
saat kau memujuk aku untuk tinggalkannya
yang telah mencurangi aku

semua waktu-waktu itu akan terus berhenti
bila tika dan saatnya aku perlukan kau disisi
terima kasih untuk semuanya.....