
pencarian aku mencari Sang Adam
mencari yang tebaik untuk dijadikan teman
teman seumur perjalanan
teman sehingga nafas ditarik Tuhan
pencarian aku yang tak pernah berakhir
aku berusaha menjadi yang terbaik
sebelum yang terbaik aku temui
sebab aku tahu aku sendiri tidak sempurna
dan aku cuma mahu dia terima aku seadanya
pencarian aku yang tercari-cari Sang Adam
yang tulang rusuknya ada pada ku
yang telah dicipta Tuhan untuk ku
yang tebaik buat diri ku
entah bila akan ku temui
cinta sejati kurniaan Ilahi
berputus asa itu bukan aku
menyerah kalah juga bukan sifatku
telah ku lakukan segala yang termampu
semoga segalanya cerah dihujung waktu
No comments:
Post a Comment