Tuesday, February 15, 2011

terlanjur aku menyintai mu...

lagu : Nur Kasih
lirik : Putra Aiman / ITO Lara
Nyanyian : In-Team

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

aku lepaskan engkau pergi..

akhirnya,aku punya keberanian untuk meluahkan itu padanya..
atas YM ku yang kaku,aku luah kan segala apa yang terbuku dihati..
aku tak nak jadi penghalang untuk dia mencari kebahgian..
aku tak nak jadi ego,dengan meneruskan hubungan ini walau aku tahu apakah yang akan terjadi pada pengakhiran hubungan kami..
walau pun perit untuk aku telan,namun aku akui itulah yang terbaik untuk kami..

aku t
ak mahu tahu apakah reaksi dia nanti..
tapi aku tahu,aku telah cuba yang terbaik untuk hubungan kami..
biarlah aku lepaskan dia pergi asalkan dia dapat mencari kebahgiaan dia nanti..
maafkan aku..
dan terima kasih untuk segalanya yang telah kau berikan untuk ku selama ini..
aku akan tetap menyayangi mu sehingga takdir menentukan bahawa kau bukan lagi menjadi milik ku..




Monday, February 14, 2011

aku masih setia..


statement berani mati aku : ayah,aku masih sayangkan dia dan cintakan dia sepenuh hati!!!!
walau aku dah tahu,jawapan ayah aku tetap sama : cari orang lain!!!!

kusut giler2 otak aku fikirkan..
cinta dan sayang aku tak mudah untuk berubah..

tapi,aku pun tak boleh ego..

aku tak salahkan dia,seandainya dia bosan dengan penantian ini..


berkali-kali dia mintak izin untuk memiliki aku secara sah,dan berkali2 juga lah ayah aku memberikan jawapan yang mengecewakan aku dan dia..

aku tak tahu sampai bila dia akan bertahan menanti aku..

semakin lama aku biarkan semua ini,semakin lama aku menjauh kan dia dari kebahgian hidupnya..

andai aku lepaskan dia pergi,aku akan kecewa kemudian hari..

apa lah lagi yang boleh aku lakukan selain mengharapkan keajaiban yang akan membantu aku mengubah pendirian ayah..

kasihani lah diri ku..

jangan biarkan kebahgian ku berlalu cuma kerana EGOMU wahai ayah ku..

Tuesday, February 1, 2011

kisah kau dan aku...


segalanya-galanya kembali seperti dulu..kisah kau dan aku kembali bersatu..mimpi2 kita semakin indah..lagu2 cinta berkumandang lagi..hari2 ku semakin bermakna dan hati ku telah kembali riang berbunga..


TAPI UJIAN ALLAH.....

keluarga ku kembali menentang percintaan kita???Ya Allah,ujian Mu ku terima sekali lagi..hanya doa dan tawakkal yang mampu aku lakukan kini..

terlalu sukar untuk aku kecapi kebahgiaan itu..apakah yang patut aku lakukan???melukai hati mu wahai kekasih atau terus mencari sesuatu yang tak pasti???ku serah segalanya pada Mu ya Allah...


semoga segalanya adalah yang terbaik untuk setiap yang telah Kau ciptakan buat ku...


Monday, January 24, 2011

esok masih ada...


hari yang baru.. aku yang baru,tapi hati masih lama..hukhukhuk..mlm td,dr pas maghrib sampai santak subuh aku tdo..sib baik ada cuti khas..hukhukhuk..aku ingat da tak nak bangun langsung..Allah Maha Kuasa..pagi2 aku dengar mak sental periuk kat dapur..lantas aku tersedar,aku masih punya mak dan ayah tuk aku fikirkan perasaan mereka..

tetiba,aku malu pada diri aku sendiri..nape lah aku nak mengharap pada org yang ntah masih sayangkan aku lagi entah tidak..nape aku masih terhegeh2 contact dia lagi sedangkan dia diam membisu??nape aku sentiasa fikirkan dia sedangkan dia entah2 dah ada yang lain???

cukup la kot derita ati ku ni..kalau ada jodoh tu,ada lah..aku dah usaha yang aku mampu..selebihnya aku serahkan pada Allah...


Sunday, January 23, 2011

untuk kau...

Rindu...semakin berakar umbi
Yang kurasai Saat kau pergi
Hujan...bagai mengundang nestapa

Titis airnya
Bersa
ma deru tangisanmu...

Buat kali pertama Ku melihat airmatanya
Sejakku kenali dia

Sepinya kurasa

Disaat berduka

Inikah noktahnya
Pertemuan kita

Andai
Begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir

Bersyukur pada rahmatNya

Kasih
Berpegang pada hakikat
Waktu yang bakal menjawab

Siapa yang benar

Pasti... aku kan tetap menanti

Ku d
ibayangi Seribu mimpi
Hujan...menghilang dengan langkahnya

Ku merindui
Dalam gerimis
Yang menghiris...


Lagu : Dalam Gerimis
Nyanyian : Visa

sebagaimana lirik lagu tu,itu lah perasaan aku sekarang..
yang setia
menemani hanyalah air mata setiap kali aku membuka mata..rindu ini tak pernah padam buat mu,cuma aku takut seandainya satu masa nanti,
RINDU IN
I TIADA LAGI NAMAMU...

( - _ -)













Saturday, January 22, 2011

entah..

tiap kali aku pandang gambar tu,aku masih ingat saat2 manis yg aku habiskan dengan dia.aku rindukan saat tu setiap hari.tapi aku tau,kebahgiaan tu tak mudah untuk ku perolehi.

makanya,dengan sabar aku menanti dia mengotakan janji untuk menjadi kan aku miliknya yang sah.walau keluarga ku pada mulanya memberikan tentangan,namun akhirnya mereka tetap terbuka hati menerima kehadiran mu.

tapi,menga
pa bila saat itu tiba,KAU MULA BERUBAH??? dan aku mula tertanya2,apa salah diri ku??apakah kurang kesetiaan aku pada diri mu???apakah kurang cinta dan kasih sayang ku???

aku mampu ketawa dan tersenyum,namun jauh disudut hati,aku berharap sangat semua ini hanyalah mimpi..setiap kali aku cuba memejam kan mata,aku tertanya2,apakah yang akan terjadi hari esok sehingga aku terasa dunia mimpi ku lagi indah berbanding dunia sebenar.

kau berubah secara tiba2. .aku tercari2 jawapan untuk aku fikirkan apakah sebabnya kau bersikap demikian..mengapa tidak masa kita mula2 berkenalan dulu???mengapa kau mudah menabur janji,yang akhirnya kau sendiri yang mungkiri.

aku berusaha sedaya upaya untuk menanti jawapan dari mu..namun,jangan kau uji kesabaran ku..hati ku tak mudah untuk berubah,tapi jangan sampai ianya terluka terlalu dalam,buruk padahnya nanti...kembali lah selagi aku masih mampu untuk menanti dirimu....