Tuesday, October 18, 2011

susah ker????



berubah???aduhhh...aku tercari-cari sebab yang kukuh untuk aku berubah..entahlah..aku perlu ke nak analisa satu persatu sebabnya??pening aku bila orang tu kata aku kena berubah..dia punya alasan sepanjang karangan SPM..huhuhu


aku cuma nak orang terima aku seadanya sebab diri aku..susah ker??sebab aku sendiri tak suka orang tipu dan berpura2 dengan aku..


yer,aku faham..kadang2 kita terpaksa berpura2 untuk selamatkan keadaan atau kadang2 kita perlu berusaha untuk menjadi seperti seseorang supaya kita mampu untuk selamatkan keadaan..tp,sebenarnya yang tebaik bagi aku adalah menjadi diri aku sendiri..


pernah tak kalau kita tengok cermin,tapi kita ternampak orang lain dalam cermin tu..sebabnya ialah kita cuba untuk jadi seperti orang lain..contohnya,kita nampak Yuna pakai tudung cantik design Hana Tajima..sudah2 nya, kita pun mula ikut dan jadikan fesyennya pakaian harian kita..sedangkan sebenarnya fesyen tu kadang2 tak sesuai pun dengan kita..tu la masalahnya..


kesimpulannya,sebagai manusia,kadang2 apa yang orang lain ada,kita nampak cantik dan lawa,kita pun nak..padahal sebenarnya bila kita beli dan pakai,benda tu tak kena pun pada kita langsung..susahkannnnnnnn..nak buat sesuatu untuk puaskan hati kita apatah lagi orang2 disekeliling kita...

Monday, October 17, 2011

jika itu takdirnya...

Cinta mengatakan :
Jangan sesekali mengucap selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih sanggup.
Jangan sesekali mengatakan tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Yer..betul kata2 ni..aku setuju sangat..kadang2 hati kita yang degil xmau terima semua ni..ni la masalahnya hati..tapi,aku percaya sebenarnya cinta dalam hati tu teguh cuma dibibir kita keegoan tu mengatasi segalanya..bukan mudah untuk berjuang demi sebuah cinta..dan bukan mudah untuk mendapatkan sebuah cinta itu..yang pasti cuma 1 perkara,semua diantara kita mengharapkan yang terbaik untuk cinta...

Sunday, October 2, 2011

aku rindu saat itu





aku rindu saat aku bersama kamu

kita makan ice krim dan tengok tv sama2

kita bergurau senda dan tawa bersama

kau pujuk aku jangan asyik dengan kau sajer

sebab kau kata aku kena kahwin akhirnya juga


aku rindu saat itu

saat aku makan nan cheese dengan kamu

aku rasa gembira sangat

sebab aku dapat kongsi makanan yang aku suka


aku rindu saat itu

kita balik rumah sama2

kita nyanyi sama2 lagu kita

sebab kita bosan duduk dalam kereta terlalu lama


aku rindu sangat2 saat itu

saat yang entah bila akan berulang lagi

sebab aku tahu aku kena keraskan hati

melihat kau berlalu pergi


terima kasih untuk semuanya

untuk semua kenangan yang dah kita cipta bersama

kenangan yang tak mungkin aku akan lupakan

sampai bila2

kau sahabat aku selamanya

itu yang kita selalu ucapkan

walau aku tahu

akhirnya aku kena lepaskan kau pergi

sepenuh hati aku.......






Friday, July 29, 2011

tak sensitif langsung...

aku betul2 tak faham la orang2 alim yang suka buat aktiviti keagamaan ni...kadang2 melampau batas betul..aku bukan anti orang ceramah agama,MasyaAllah...tapi berpada2 la...aku tau,semua nak jadi yang terbaik,tapi ni aku rasa dah jadi terbalik nih...

1) biasanya ceramah malam jumaat sampai pukul 9.30 malam ajer..malam tadi bola sepak,Malaysia-Singapura...Ustazd tu bantai ceramah sampai 10.30 malam..baru sembahyang Isyak lepas tuh..aku ok jer,tapi aku boleh bayangkan orang2 lelaki yang dengar ceramah tu macam mana..aduhai Ustazd,sensitif la pada persekitaran dan keadaan semasa..baik ker kalau orang yang dengar ceramah tu hatinya takde kat sana??

2) orang tengah azan Zohor,Ustazah tu bantai bagi ceramah tak berhenti2...siap mikrofon sekuat alam dengan iringan lagu2 nasyid lagi...aduhai,Ustazah tak sensitif ker??ni kan tengah2 hari Jumaat,khutbah Jumaat??orang sembahyang Jumaat??

aku tak faham sangat2 bila orang dah taksub agama ni..kadang2 mereke terlalu mengikut perasaan tanpa fikir sensiviti jemaah yang lain..secara peribadi,aku harap sangat2 mereka2 ni sensitif la sikit dengan keadaan semasa dan persekitaran mereka..bukannya sesekali dapat mikrofon terus tak nak berhenti...tu yang aku tak faham..dunia oh dunia..

Tuesday, July 19, 2011

kau anugerahnya...

kau anugerahnya buat aku
kau yang sentiasa ada untuk aku
kau yang menyapa air mata aku selalu
kau yang aku rindui...

terima kasih sebab kau hadir
terima kasih sebab kau sabar
terima kasih untuk segala-galanya

aku cuma nak tengok kau ketawa
aku cuma nak tengok kau bahgia
aku cuma nak yang terbaik jer tuk kau

kita tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada
kita tak tahu sampai bila kita akan bersama
sebab kita tahu...
kita hanya ditakdirkan untuk berjumpa
bukan bersatu selamanya...

Friday, June 3, 2011

perkhidmatan untuk anda



Perkhidmatan Yang Disediakan:

-Pest Control

- Security Services

- Manpower Resources

- Commercial Cleaning Services

- Building Maintenance and Repair Services


Kawasan perkhidmatan untuk anda adalah:

Main Area : Sentul, Puchong, Batu Caves, Kerinchi dan Petaling Jaya

Juga kawasan-kawasan lain disekitar Kuala Lumpur...


Faedah perkhidmatan yang anda perolehi:
- Menjimatkan

- Berbaloi-baloi

- Menguntungkan anda


Anda boleh hubungi

En. Megasan : 012-278 7847



Tuesday, May 24, 2011

sabar..sabar..sabar..


kerja aku kat tempat sekarang xmenentu..jap2 banyak..jap2 kit..jap2 aku rileks2 ajer..dan bila bos atas aku dah nak tukar,semestinya la kerja aku jadi bertambah sikit kan..

tapi,dan2 tu la ada lak ada staff lain yang baru masuk(pengganti sementara sebab staff asal cuti bersalin ajer) suka menyibuk..

jap2 dtg tepi aku tengok aku buat kerja apa..jap2 dtg sebelah aku tengok aku surf apa..apalaaaa..kerja aku dah siap..dan aku dah xde kerja nak wat.
.

aku pelik sgt2 tgk dia nihh..dok dekat2 pun dia nak call staff kat luar tu tanya macam2..pelik2..jln kaki xsampai seminit pun dia nak call..pastu,information yg dia nak dah dibagi pun dia masih tanya banyak2 kali..adoiiiiii laaa...

xper la..lain orng lain perangai kan..selagi aku sabar,aku sabar ajer..jangan sampai sabar aku hilang nanti...rileks..