Thursday, March 31, 2011

tempat kerja separuh siap..

hari yang kecut perut bagi aku.tak pernah seumur hidup aku pergi interview kerja tapi dalam masa yang sama aku masih bekerja kat tempat lain...aduh...terpaksa tipu sunat pada boss..dan nak dijadikan cerita,post yang aku mintak lain,post yang aku pergi interview lain..entahla..

kalau dapat pun aku kena fikir banyak kali dan sembahyang istigharah banyak kali gak..bukan apa:

1) aku tak tau nak cataloging buku
2) tempat tu jauh giler dari rumah aku..bayangkan,aku kena naik bas sejam setengah baru sampai kolej tu..imagine pukul berapa aku kena bergerak dari rumah???
tapi,yang paling penting,aku tak belajar langsung apa2 tentang library masa study dulu..hukhukhuk..

berbalik pada tajuk entry,aku bukan nak cerita pasal interview aku,tapi aku nak share cerita pasal tempat aku kerja sekarang ni dan kenapa aku kena cari kerja lain...

jeng jeng jeng jeng...

gini,kolej ni ada 5 tingkat bangunan..tapi,kurang sumber kewangan..sebab2 nya macam ni :

1) gaji pekerja bulan Februari tak bayar lagi..sedangkan ni dah bulan Mac..

2) bil elektrik tak bayar..sebab ada staff cerita kat aku,semalam tak de elektrik..

3) bil air tak bayar..aku nak wuduk dan buang air,terpaksa angkut air dari pantry..tu pun cukup2 untuk yang sepatutnya ajer.

korang rasa2 aku patut bertahan ke aku blah ajer dari sini dan cari kerja kat tempat lain?? aku bukannya ada dapat offer dari tempat lain..dan kalau aku dapat offer dari kolej yg aku pergi interview tu pun,belum tentu aku leh buat kerja2 library tu..pening gak la aku ni sekarang..entah la..

Wednesday, March 30, 2011

sahabat sejati

semua orang mudah nak cakap : rileks ar,aku kan kawan ko...tak pun,suka kata : i kan kawan u..alahai,bila tiba saat kita benar2 perlukan mereka disisi,berapa ramai yang sanggup datang dan memberikan kita bantuan?atau pun paling mudah mendengar masalah kita dan memberikan pendapat yang terbaik?

susah nak kata,sebab dalam hidup ni tak ada manusia yang sempurna..dan kita bukan lah mencari sahabat yang sempurna,cukupla andai dia mampu melengkapi kelemahan kita,cukupla jika dia mampu bersama kita susah atau senang,duka atau suka..itulah tandanya sahabat sejati..

susahnya mencari teman yang tebaik sebab bagi aku,aku berkawan bukan untuk sehari dua,bukan untuk setahun dua tahun tapi untuk selamanya..aku senang berkawan dengan orang yang mahu berkawan dengan aku,tapi aku pantang kawan yang mengkhianati aku..terima kasih pada orang2 yang berada disekeliling aku yang layak untuk aku gelarkan mereka "SAHABAT SEJATI"..

Monday, March 28, 2011

jiwa kacau...

jiwa aku kacau bila kau pergi
naper kau buat aku macam ni
naper sekarang kau muncul lagi
naper tak dari dulu kau explain apa yang dah jadi
otak aku jem nak buat semua kerja tak jadi
boss aku dah bising2 keja aku tak siap2
sumer gara2 kau yg selalu aku do
k ingat
naper???? naper??? naper???

aduhaiiiiiii
kalau la aku leh balik kembali ke masa lalu
memang aku akan lariiiii jauh dari semua ni
aku tak nak terluka lagi
aku tak nak amik risiko bercinta lagi
lantak piiii dengan sunyiiiii
lantakkk piii dengan cintan cintun ni
akhirnya aku gak yang sendiri
tak de saper pun yang tolng aku
semua cabut lariiiiiii
tak per la..sabarlah wahai hati...


Sunday, March 27, 2011

dia milik orang


akhirnya,setelah dia menyepi..terjawap juga segala pertanyaan yg bersarang kat kepala otak aku nih...DIA TELAH BERNIKAH...luluh hati aku...mungkin ada hikmahnya kenapa semua ini terjadi..Allah masih memberi waktu untuk aku sedar...


dia bukan tercipta untuk aku..dan aku, suka atau tidak terpaksa menerima hakikat itu dengan hati terbuka dan mendoakan kebahgiaan buat dia..Ya Allah.. Kau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..kasihani lah diriku Ya Allah...Moga2 Kau berikan jua kebahgiaan itu untuk aku...aku redha dan tabah..aku berjanji aku tak akan sesekali menangisi apa yang telah terjadi..


sebulan telah berlalu sejak aku tahu khabar itu..dan syukur pada Mu Ya Allah,kau masih memberiku karapan,masih ada insan2 yang setia disisi aku menemani aku tanpa jemu..
terima kasih banyak2 buat abg kandung ku yg bnyk memberikan aku semangat..tanpa dia,aku mungkin tewas dengan perasaan ini dan mungkin aku akan jadi pengemis sebuah cinta yang tak berkesudahan..

terima kasih banyak2 abg.. :)


Thursday, March 3, 2011

aku,dia dan sebuah cerita

cerita ini tentang kisah aku dan dia..kisah cinta yang aku dan dia telah cipta,namun akhirnya kebahgiaan tu bukan milik hakiki kami berdua..
walaupun aku redha dengan apa yang dah terjadi,tapi bohong la kal
au aku sebenarnya masih berharap jauhhhhhh disudut hati semua ni hanya mimpi..
dulu,dia selalu tanya aku,da dapat ke kerja??dia selalu bagi aku semangat tuk cari kerja..sekarang,aku dah dapat kerja,tapi aku tak dapat nak kongsi kegembiraan ni dengan dia..sedih nya ati aku,Allah ajer yang tahu..
yer,aku gembira...
akhirnya,cita2 aku tercapai..tapi,aku pun sedih sebab bila aku gapai apa yang aku impikan,aku kehilangan dia disisi aku...
apakah kesudahan cerita ni???entah..sebab aku sendiri pun tak tahu...
aku doakan yang terbaik buat dirinya sebab aku tahu,aku sendiri sentiasa berharap agar
KEBAHGIAAN ITU MENJADI MILIK HAKIKI AKU NANTI,WALAU PUN KITA TAK DITAKDIRKAN UNTUK BERSAMA SELAMANYA...